the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ADUN Sungai Tiang umum letak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah

SUNGAI PETANI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan hari ini beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah atas perkenan baginda melantiknya memegang jawatan itu.

“Antara pengalaman berharga saya pada penggal ini adalah membantu menyediakan sumber air tambahan buat rakyat negeri Kedah, melibatkan dua buah Takungan Air Pinggiran Sungai TAPS (ORS 7 dan 9) bagi dibangunkan untuk kegunaan menakung air lebihan yang melimpah ruah ketika musim tengkujuh untuk kegunaan ketika musim kemarau.

“Paling mencabar, sudah tentu saya dan rakan-rakan bertungkus lumus menghadapi cabaran bencana banjir kepala air di daerah Yan dan Baling, tragedi ban pecah di Sungai Santap dan krisis air pada kemarau 2021,“ kata Ketua Umno Bahagian Pendang itu.

Suraya berkata beliau telah memberikan sepenuh komitmen dan bekerja keras sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan berterima kasih kepada barisan kepimpinan negeri, semua jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, individu dan seluruh rakyat yang telah bekerjasama erat dengannya.

Beliau menyandang kerusi DUN Sungai Tiang di bawah Parlimen Pendang itu selama empat penggal sejak 2004. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings