the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah projek syarikat ditahan bantu siasatan tuntutan palsu RM2.4 juta

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah projek syarikat kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM2.4 juta berhubung pembayaran projek kabel dasar laut di utara tanah air.

Sumber SPRM memaklumkan perintah tahanan reman selama lima hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Noorlynna Hanim Abd Halim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Suspek lelaki yang berusia 46 tahun itu ditahan di ibu negara kira-kira pada 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Syarikat yang mengendalikan projek tersebut dipercayai telah membuat lebihan bayaran kira-kira RM2.4 juta kepada syarikat kontraktor apabila pihak kontraktor mengemukakan invois tuntutan berdasarkan dokumen yang mengandungi butiran palsu,” menurut sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings