the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bank Pembangunan Asia sediakan bantuan US$2.3-US$2.5b kepada Pakistan

KARACHI: Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Rabu mengumumkan akan menyediakan bantuan berjumlah US$2.3 hingga US$2.5 bilion untuk membantu Pakistan yang dilanda bencana hujan dan banjir yang belum pernah terjadi di negara Asia Selatan itu.

Perkara itu diumumkan Pengarah Negara ADB untuk Pakistan, Yong Ye, dalam pertemuan dengan Menteri Kewangan Pakistan Ishaq Dar di Islamabad, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kewangan.

Bantuan yang dicadangkan itu termasuk pinjaman “kitaran balas” (countercyclical) US$1.5 bilion daripada Program Membina Ketahanan Kitaran ADB dengan Program Perbelanjaan Balas Aktif yang akan dibentangkan kepada lembaga bank untuk kelulusan bulan ini.

Pada pertemuan itu beliau turut memaklumkan mengenai projek ADB yang sedang dan bakal dilaksanakan, merangkumi pelbagai sektor termasuk perlindungan sosial dan keselamatan makanan serta Strategi Perkongsian Negara untuk Pakistan 2021-25.

Sementara itu, Dar memaklumkan kepada delegasi ADB tentang kemusnahan akibat banjir dan kesannya terhadap ekonomi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ADB atas sokongan “berterusan” dan beliau memberi jaminan kerajaan akan memberikan kerjasama penuh untuk memastikan program yang sedang dan bakal dilaksanakan berjalan lancar.

Agensi pinjaman itu telah meluluskan geran bantuan kecemasan $3 juta untuk penyediaan makanan, bekalan perubatan dan barangan bantuan lain kepada mangsa banjir di Pakistan.

Hujan lebat 10 kali ganda berbanding biasa yang melanda Pakistan sejak pertengahan Jun lalu telah meragut hampir 1,700 nyawa dan mengakibatkan satu pertiga kawasan di negara itu dilanda banjir.

Selain mengakibatkan kemusnahan besar dari segi infrastruktur dan pertanian serta merosakkan kira-kira 45 peratus kawasan pertanian, banjir itu turut menimbulkan ancaman serius kepada keselamatan makanan.

Musim tengkujuh sering menyebabkan kemusnahan di seluruh Asia Selatan bagaimanapun, perubahan iklim dan pemanasan global memburukkan lagi keadaan.

Pakistan antara 10 negara yang terjejas teruk akibat perubahan iklim dunia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings