the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Insentif untuk penjawat awam diumumkan PM bukti kerajaan prihatin: Cuepacs

PUTRAJAYA: Enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk penjawat awam hari ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dengan penjawat awam meskipun negara berdepan dengan kekangan dari sudut kewangan ekoran pandemik Covid-19, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat.

“Terima kasih kepada perdana menteri yang memahami denyut nadi penjawat awam. Penjawat awam harus berterima kasih kepada kerajaan,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini hari ini.

Perdana Menteri pada MAPPA XVIII itu mengumumkan beberapa insentif dan berita gembira buat penjawat awam antaranya tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

KGT tambahan khas RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, yang akan melibatkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan berjumlah RM1.5 bilion.

BKK Tahun 2023 adalah kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan serta veteran tidak berpencen, yang akan dibayar pada Januari 2023.

Sementara itu dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena pengumuman Ismail Sabri itu, Adnan berkata insentif-insentif itu adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam yang sentiasa menjadi barisan hadapan dalam meletakkan negara kembali pada landasan kukuh selepas pelbagai cabaran dihadapi.

“Cuepacs memahami bahawa kerajaan mempunyai kekangan daripada sudut kewangan namun tetap cuba untuk mendengar dan memberi yang terbaik kepada penjawat awam demi menghargai sumbangan yang dicurahkan penjawat awam selama ini.

“Segala insentif yang diumumkan oleh kerajaan ini sekurang-kurangnya mampu memberi kelegaan kepada penjawat awam yang begitu terkesan dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan inflasi,” katanya.

Beliau turut menyifatkan komitmen kerajaan pimpinan Ismail Sabri untuk menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan amat dihargai serta ditagih Cuepacs serta penjawat awam.

“Hal ini wajar dipercepatkan memandangkan sistem saraan sedia ada yang digunakan ketika ini telah dilaksanakan sejak 2002 dan tidak lagi sesuai dengan suasana persekitaran ekonomi serta kos sara hidup semasa,“ katanya dan menambah perkara utama yang perlu diberikan perhatian dalam sistem saraan baharu itu adalah meningkatkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Abdul Wahab Mat Yasin pula berkata pengumuman inisiatif kerajaan menambah baik aspek kebajikan penjawat awam di pelbagai peringkat memberi kelegaan.

“Kami amat berterima kasih walaupun kita sedia maklum kedudukan ekonomi negara belum kukuh sepenuhnya tetapi kerajaan beri perhatian terhadap apa yang dialami penjawat awam di seluruh peringkat,“ katanya.

Beliau berkata harapan pasukan bomba dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam adalah supaya kajian itu lebih menjurus kepada aspek keselamatan anggota bomba.

“Aspek tugasan lebih mencabar dan melibatkan keselamatan nyawa. Skim gaji dan elaun khusus yang melibatkan tugasan berisiko tinggi, ia berbeza dengan pejabat dan agensi lain, ini yang di peringkat jabatan sedang perjuangkan,“ katanya.

Kakitangan Majlis Perbandaran Klang Nasaruddin Hassan gembira dengan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan yang diambil kerajaan termasuk bayaran KGT tambahan khas RM100.

“Rasa seronok sebab sedikit sebanyak dengan tambahan itu dapat meringankan kos sara hidup serta memberi dorongan kepada penjawat awam supaya lebih bersemangat menjalankan tugas,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings