the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta

PULAU INDAH: Sebanyak 50 kenderaan mewah tanpa permit import (AP) bernilai RM11.4 juta disita dalam Op Bearing yang dilaksanakan bermula 15 Ogos lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Mohammad Sabri Saad berkata operasi yang berakhir esok itu memfokuskan kepada kenderaan import individu serta syarikat di sekitar Pelabuhan Klang.

“Sembilan daripada 50 kenderaan melibatkan motosikal berkuasa tinggi manakala selebihnya adalah kereta mewah dari pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun,” katanya dalam sidang media di Wisma Kastam di sini hari ini.

Mohammad berkata kesemua kenderaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1957 kerana mengimport barang larangan di bawah Butiran 3 Jadual Kedua/Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 yang permit pengimportannya dibenarkan dengan syarat ia tertakluk permit import dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mohammad Sabri menggesa orang ramai untuk membantu JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau menghubungi pejabat JKDM terdekat di semua negeri.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Riau Complex sets a new standard for employee living, supporting Asia Pacific Rayon’s workforce...

Asia Pacific Rayon highlights the Riau Complex as a model employee township, combining housing, education, healthcare and recreation within a self-sustaining community. The integrated development supports workforce wellbeing, talent retention and long-term industrial growth while fostering a strong multicultural environment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings