the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BN tetapkan calon PRU15 selepas selesai nilai tahap kesiapsiagaan jentera parti

IPOH: Barisan Nasional (BN) akan menetapkan calon-calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya selepas penilaian tahap kesiapsiagaan jentera parti selesai diadakan.

Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Mohamad Hasan(gambar) berkata penetapan mengenai pemilihan calon antara parti-parti komponen belum dilakukan setakat ini dan hanya akan dibincangkan apabila beliau selesai melawat seluruh negara dan jawatankuasa pilihan raya berpuas hati dengan kesiapsiagaan jentera.

“Sekarang kami nilai dahulu kesiapsiagaan. Hari ini di Perak negeri ke-12 dan minggu depan akan ke Pahang sebelum Sabah pula kemudian bentang pada parti, baru akan tengok calon dan bahagikan kerusi dengan parti rakan komponen.

“Selepas itu barulah letakkan calon, siapa pun kalau jentera itu kuat boleh menang,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi libat urus Biro Politik Bahagian-Bahagian Umno Perak di Bangunan Umno Perak di sini hari ini.

Mohamad berkata laporan penilaian yang rapi berkenaan kesiapsiagaan parti disediakan untuk dipertimbangkan kepada Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mencari tarikh sesuai untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen.

Beliau berkata setakat ini pihaknya berpuas hati dengan persiapan di Perak namun terdapat beberapa aspek yang perlu diperkemaskan lagi supaya memastikan BN benar-benar bersedia menghadapi PRU15 yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.

Pada PRU14, BN Perak memenangi 27 daripada 59 kerusi Dun dan 11 daripada 24 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings