the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tze Yong raih perak, impian ulangi kejutan di pentas akhir tak kesampaian

BIRMINGHAM: Pemain perseorangan lelaki utama negara, Ng Tze Yong, gagal mengulangi kejutan untuk dinobatkan juara Sukan Komanwel 2022 Birmingham apabila tewas kepada pemain nombor satu India, Lakhsya Sen, pada perlawanan final, di sini, hari ini.

Selepas menjinakkan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew di peringkat suku akhir dan pemain India, Kidambi Srikanth di separuh akhir, pemain berusia 22 tahun itu, memulakan aksi final dengan harapan dapat mempertahankan emas Malaysia dalam acara itu.

Tze Yong menampilkan aksi cemerlang dengan mengukuhkan pertahanan dan melakukan serangan balas untuk menang 21-19 ke atas naib juara All England itu.

Bagaimanapun, rangkaian kesilapan membawa padah apabila Sen mula menguasai set kedua sebelum menang 21-9.

Pada set penentuan, ketika Tze Yong ketinggalan 14-19, permainan ditangguhkan selama kira-kira seminit apabila Tze Yong mengalami sedikit kecederaan pada lututnya dan terpaksa mendapatkan bantuan perubatan di luar gelanggang.

Tze Yong yang bersemangat tinggi cuba bangkit tetapi dia hanya berjaya mengutip dua mata selepas permainan disambung semula sebelum Sen menang 21-16 dan merampas merampas pingat emas dari Malaysia ketika Datuk Lee Chong Wei muncul juara pada edisi 2018 Gold Coast,Australia.

Parupalli Kashyap dari India menang pada edisi 2014 Glasgow.

Dalam saingan suku akhir dan separuh akhir, Tze Yong mengalahkan Kean Yew 15-21, 21-14, 21-11 dan Srikanth 13-21, 21-19, 21-10.

Walaupun tewas di pentas akhir, penampilan sulung Tze Yong, mengantikan pemain profesional, Lee Zii Jia, pada saat akhir berikutan penarikan diri Zii Jia dari temasya itu, layak menerima pujian berikutan prestasi hebatnya di sini.

Ini adalah pingat kedua dimenangi Tze Yong pada temasya ini selepas berjaya meraih emas selepas Malaysia mengalahkan India 3-1 dalam acara berpasukan campuran minggu lalu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings