the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AGC nafi berita “Pejabat Peguam Negara telah menetapkan yang perbicaraan SRC tidak sah kerana kesilapan prosiding”

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa berita “Pejabat Peguam Negara telah menetapkan yang perbicaraan SRC tidak sah kerana kesilapan prosiding” yang disebar, adalah sama sekali tidak benar dan palsu.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu menafikan bahawa AGC ada membuat ketetapan seperti yang dikatakan dalam kenyataan yang tersebar itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan AGC, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan pendengaran rayuan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang akan didengar bermula 15 Ogos depan iaitu jabatan berkenaan akan hadir sebagai responden atau pendakwa raya dalam kes berkenaan.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa, jabatan itu akan meneruskan dengan rayuan kes tersebut dan akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Najib dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Mahkamah Persekutuan merupakan jalan terakhir bagi Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengemukakan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dalam kes penyelewengan dana SRC International itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings