the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
31.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua LRA dihenti tugas berikutan air mentah keruh akibat banjir di Baling

ALOR SETAR: Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi-Tech dan LRA Bukit Pinang/Sungai Petani terpaksa dihenti tugas berikutan kadar kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Isnin lepas.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu hantaran di laman Facebooknya hari ini memaklumkan kedua-dua LRA itu dihenti tugas sepenuhnya pada 10.50 malam dan 11.10 malam tadi.

“Penutupan sementara itu akan menjejaskan 80,000 akaun pengguna di Kulim Hi-Tech dan 121,000 akaun pengguna di Pinang Tunggal/Sungai Petani.

“Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan membuat penghantaran air terawat melalui lori tangki kepada kawasan yang terjejas akibat daripada langkah penutupan LRA itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Isnin, banjir dan fenomena kepala air di Baling mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selain tujuh rumah musnah dihanyutkan air serta kira-kira 70 rumah rosak akibat kejadian itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings