the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor lulus peruntukan tambahan RM850,000 untuk Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM850,000 bagi melaksanakan penambahbaikan di Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy Johor.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM350,000 diperuntukkan bagi penambahbaikan pusat komputer manakala RM500,000 bagi pusat fisioterapi sekolah berkenaan.

“Semoga ia dapat menyumbang lebih kepada pendidikan dan pembangunan anak-anak Bangsa Johor yang istimewa ini. Insya-Allah, kerajaan negeri akan sedaya upaya membantu meringankan beban yang dihadapi sekolah ini.

“Saya kagum dengan komitmen dan dedikasi ibu bapa serta guru-guru yang sabar dalam membesarkan dan mendidik ‘anak-anak syurga’ ini. Saya sedar, ia bukan perkara mudah, “ katanya dalam hantaran menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Cerebral Palsy Johor berkata terdapat 63 murid berusia empat hingga 18 tahun di sekolah berkenaan, namun beliau yakin masih ramai ibu bapa di luar sana yang memiliki anak istimewa tetapi tidak dirujuk di situ.

Onn Hafiz berkata berkata pengesanan peringkat awal penting bagi membantu mereka mengesan tahap Cerebral Palsy seterusnya terapi yang bersesuaian dapat diberikan di sekolah itu memandangkan anak-anak berkenaan turut mempunyai potensi besar.

“Mungkin ada ibu bapa tidak tahu di mana hendak mendapatkan rawatan, terapi serta sebagainya dan dalam hal ini, kerjasama semua pihak penting. Sekiranya pihak hospital ataupun klinik kesihatan dapat mengesan kelainan pada bayi yang menjalani pemeriksaan rutin, nasihatkan ibu bapa untuk bawa anak mereka ke sekolah ini.

“Sambil menyantuni murid, saya juga sempat berbual dengan Al Asyraf Zulkefli yang merupakan bekas penuntut dan kini Ahli Lembaga Pengarah yang memegang portfolio Pegarah Pendidikan dan Pengurusan di sekolah ini,“ katanya dalam lawatan ke sekolah itu pagi tadi.

Setiap tahun, kerajaan negeri menerusi Pejabat Menteri Besar Johor menyalurkan sejumlah RM730,000 kepada Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy Johor. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings