the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suspek kes tembak Sungai Golok bekas pemain import Kelantan

Polis Kelantan sahkan suspek kes tembak mati rakyat Malaysia di Sungai Golok adalah bekas pemain import bola sepak negeri itu.

KOTA BHARU: Suspek kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat, malam tadi adalah bekas pemain import bola sepak Kelantan, kata Ketua Polis negeri Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata mangsa yang maut ditembak pula ialah Mohd Fuad Fahmie Ghazali berusia 33 tahun.

Mohd Yusoff berkata maklumat berkenaan diperolehi menerusi hasil siasatan dalaman pihaknya.

“Kita percaya suspek juga memiliki dua kerakyatan tetapi siasatan lanjut akan diteruskan. Setakat ini, kita belum menerima gambar suspek daripada pihak berkuasa Thailand.

“Polis turut memperketat kawalan dan membuat sekatan jalan raya bagi mengesan suspek yang kemungkinan lolos ke negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berkaitan motif kejadian, Mohd Yusoff menyerahkan kepada pihak polis Thailand untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata Mohd Fuad Fahmie didapati masuk ke Thailand pada 1 Nov menggunakan pas sempadan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa turut memiliki empat rekod kesalahan berkaitan dadah sejak 2020,” katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam tadi.

Jenazah Mohd Fuad Fahmie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra, Pasir Mas pada 2.30 petang tadi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile’s EngageLab Showcases AI-First Omnichannel Customer Engagement Solutions at The MarTech Summit Hong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Aurora Mobile Limited (NASDAQ: JG) ("Aurora Mobile" or the "Company"), a leading provider of customer engagement and marketing technology services, today announced that its AI-first customer engagement platform, EngageLab, successfully participated in The MarTech Summit Hong Kong on July 7, 2026.

Singaporeans don’t cancel brands – they silently leave them, Ogilvy’s inaugural 2026 APAC Believability...

Ogilvy released its first 2026 APACBelievability Index: The Power of Proof, a comprehensive study examining how consumers across Asia-Pacific (APAC) determine what and who they believe in an increasingly complex information environment shaped by AI-generated content, misinformation, fragmented media and declining confidence in corporate claims.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings