the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis menemukan petunjuk baharu kes mayat wanita dalam gaung

SEREMBAN: Polis mengesahkan membawa salah seorang suspek bagi mengesan bukti baharu yang dipercayai terkait dengan kes mayat seorang wanita dalam gaung, pada 20 Mac di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah itu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Senior Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman berkata operasi pencarian masih dijalankan di kawasan belukar berhampiran tangki milik Pengurusan Air Berhad, di Taman Bukit Zamrud di sini hari ini.

“Hari ini polis ada membawa salah seorang suspek, siasatan masih berjalan. Kita harap kita dapat sesuatu, kami tengah berusaha mencari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya turut terlibat adalah unit forensik polis dan pasukan patalogi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dalam siasatan yang dijalankan sekitar 4.30 petang tadi.

Beliau berkata butiran lanjut siasatan hari ini akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof.

Tinjauan Bernama mendapati, unit K9 turut membantu siasatan kes.

Pada 20 Mac lepas, mayat wanita tanpa identiti itu ditemukan dalam keadaan tertiarap, dan laporan bedah siasat mayat itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan punca kematian.

Susulan itu polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 41 dan 44 tahun, serta seorang wanita berumur 18 tahun direman, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata mayat itu dipercayai ditinggalkan di lokasi terbabit, bagi menyorokkan kematiannya dan kesalahan itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings