the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

US-ABC mahu perkukuhkan kerjasama dengan Kementerian Kewangan, BNW: Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Syarikat multinasional seperti Amazon Web Services, Boeing, Cisco, ExxonMobil, Pfizer, Visa dan Google adalah antara syarikat yang hadir pada Dialog Majlis Perniagaan ASEAN-AS (US-ABC) bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz(gambar).

Tengku Zafrul dalam hantaran di laman Facebook beliau berkata: “Amerika Syarikat merupakan salah satu pelabur utama di Malaysia, oleh itu ia sangat penting untuk kita mendengar pandangan mereka bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negara kita.”

Beliau kini berada di Washington D.C., Amerika Syarikat untuk menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-IMF yang berlangsung sepanjang minggu ini.

Tengku Zafrul berkata US-ABC telah menyatakan hasrat mereka untuk mengukuhkan kerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Dalam menghadapi cabaran varian omikron, dialog terbuka tentang cabaran yang dihadapi Malaysia boleh membantu untuk mewujudkan penyelesaian dan mencapai objektif MOF dan BNM,” katanya.

Beliau berkata semasa mesyuarat Menteri Kewangan dan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN, US-ABC telah membentangkan Kertas Putih tentang topik-topik seperti pembiayaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), Kerjasama Digital serta Aset Digital dan Data Kewangan di ASEAN.

“Kerjasama dan perkongsian maklumat ini terutamanya dalam aspek transformasi digital, infrastruktur kesihatan dan ESG kita akan teruskan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings