the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenayah dijangka meningkat, polis Kedah pergiat pemeriksaan di pintu sempadan

ALOR SETAR: Polis akan mempergiatkan pemeriksaan dan rondaan di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand bagi membanteras kegiatan jenayah yang dijangka meningkat apabila pintu sempadan negara mula dibuka 1 April depan.

Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad(pix) berkata walaupun nilai ambang kedudukan jenayah negeri menunjukkan penurunan 25 hingga 28 peratus tetapi dari perbezaan tahun ke tahun menyaksikan berlaku peningkatan sebanyak 15 peratus.

“Tahun 2021, indeks jenayah tidak tinggi kerana aktiviti sosial dan perniagaan banyak yang masih belum dibenarkan berikutan pandemik Covid-19. Tetapi, sekarang ia meningkat kerana hampir semua aktiviti sosial dan perniagaan telah beroperasi semula.

“Dijangka, kadar jenayah akan meningkat apabila pintu sempadan negara dibuka semula kerana ramai yang mengalami masalah kewangan akibat Covid-19 dan itu boleh mendorong mereka melakukan jenayah seperti mencuri, meragut dan menyeludup barang terlarang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Hari Polis Ke-215 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari dan ketua-ketua jabatan.

Dalam pada itu, Wan Hassan berkata polis Kedah juga telah menubuhkan pasukan khas di peringkat IPK sejak sebulan yang lalu yang akan memfokuskan pemeriksaan dan kawalan di sempadan negara.

“Lebih 50 anggota di peringkat IPK dan daerah terlibat untuk mengawal sempadan. Kami tidak boleh jangka apa yang akan berlaku selepas dua tahun hidup dalam keadaan pandemik ini, jadi polis memang sentiasa bersedia.

“Pada Ahad ini, saya bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan ke sempadan bersama ketua-ketua jabatan dan agensi lain untuk melihat dan membincangkan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum pembukaan 1 April depan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata statistik jenayah indeks negeri dari tempoh 1 Jan hingga semalam menyaksikan sebanyak 966 kes telah dicatatkan berbanding 833 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas dan menunjukkan peningkatan sebanyak 133 kes iaitu 15.97 peratus.

“Kegiatan kecurian dan pecah rumah mencatatkan jumlah kes terbanyak berbanding kes jenayah yang lain. Kedah kini berada di tempat ke-11 dalam kedudukan jenayah indeks Malaysia bagi tempoh 1 Jan hingga 24 Mac,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings