the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

T’ganu rekod 301 kes jenayah komersial, nila kerugian hampir RM7 juta

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu merekodkan sebanyak 301 kes jenayah komersial dengan nilai kerugian hampir RM7 juta di negeri itu sejak Januari hingga Mac tahun ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata ia menunjukkan peningkatan kes sebanyak 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 228 kes, dengan jumlah kerugian sebanyak RM6.6 juta.

Beliau berkata jenayah komersial di negeri ini dilihat semakin membimbangkan kerana menunjukkan peningkatan kes setiap tahun dan aktiviti penipuan dalam talian seperti Macau scam, e-belian, love scam dan e-pelaburan adalah penyumbang terbesar kepada statistik tersebut.

“Sebagai contoh, dalam tempoh tiga bulan ini sahaja telah berlaku tiga kes penipuan Macau scam yang melibatkan kerugian hampir RM1.5 juta.

“Mangsa pertama seorang guru wanita mengalami kerugian RM736,000, mangsa kedua iaitu pesara wanita rugi RM532,000 manakala yang ketiga seorang pesara lelaki lesap RM200,000 dalam sekelip mata,“ katanya selepas meninjau Kempen Pencegahan Jenayah Komersial di Pasar Payang di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Rohaimi berkata beliau telah mengarahkan pasukannya supaya melipatgandakan usaha pencegahan melalui ceramah serta kempen kesedaran kepada golongan sasar agar tidak terjebak dengan penipuan seumpama itu.

“Tahun ini saya mahu pastikan semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) diberi ceramah atau taklimat mengenai kesedaran terhadap penipuan sebegini, selain itu ceramah di masjid-masjid, tempat tumpuan awam dan pusat beli-belah juga perlu bagi menyedarkan masyarakat agar tidak terperangkap,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings