the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tingkat rondaan, operasi pematuhan sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR: Polis meningkatkan rondaan dan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara terutama ketika sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 Feb ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali (gambar) berkata tindakan itu bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP PPN Fasa Empat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini juga usaha kerajaan dalam mencegah penularan jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hazani, tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang gagal mematuhi SOP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (akta 324).

Rabu lepas, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique mengumumkan SOP bagi sambutan Tahun Baharu Cina 2022 yang lebih longgar berbanding tahun lepas termasuk berkaitan kebenaran acara makan keluarga dan aktiviti ziarah.

Halimah berkata antara acara dibenarkan adalah makan keluarga pada 31 Jan, upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam pada 1 dan 2 Feb, sembahyang khas Hokkien Clan pada 8 dan 9 Feb serta aktiviti keagamaan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam.

Turut dibenarkan adalah persembahan tarian singa, naga dan harimau yang tertakluk kepada SOP industri kreatif. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings