Tuesday, November 11, 2025
29.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru direman enam hari kes elar isteri di Sungai Ara

BALIK PULAU: Seorang guru lelaki yang mengelar isterinya dengan sebilah pisau dalam kejadian di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara direman enam hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata perintah reman hingga 4 September ini dikeluarkan Mahkamah Majistret Balik Pulau terhadap suspek berusia 30 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Beliau berkata siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Semalam, beliau dilaporkan berdasarkan siasatan awal polis suspek dikatakan terbeban dengan hutang pinjaman bank dan ansuran e-dagang yang menjadi punca pergaduhan sebelum dia bertindak mengelar isterinya.

Sazalee berkata siasatan mendapati suspek membuat pinjaman bank untuk pelaburan saham dan dia juga membayar ansuran barangan yang dibeli melalui platform e-dagang namun menolak dakwaan dia berhutang dengan along kerana pinjaman tersebut dibuat dengan institusi kewangan yang sah sahaja.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Rabu lepas, seorang guru lelaki bertindak mengelar leher isterinya sebelum mencederakan dirinya sendiri dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di bilik tidur pasangan tersebut di Taman Tunas Muda.

Kejadian disedari oleh ibu mangsa yang terdengar jeritan anaknya dari tingkat atas rumah dua tingkat tersebut, sebelum terus naik dan mendapati mangsa ditindih sebelum menarik wanita itu turun dari katil bagi menyelamatkannya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Volvo extends complimentary data for owners of Google Built-In Models

Volvo Car Malaysia has announced an industry-first move in the premium car segment, extending its complimentary Volvo Car Connect Plus data service by another year for eligible owners whose current subscriptions are nearing expiry. Previously known as Digital Services, the Volvo Car Connect Plus package is included with the brand’s latest models equipped with Google built-in. It allows seamless access to a suite of connected features without relying on a tethered smartphone — including media streaming, real-time Google Maps navigation, Google Assistant voice commands, and over-the-air system updates.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories