the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 16, 2025
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh individu termasuk tiga warga asing ditahan dalam sindiket cap imigresen palsu

Tujuh individu termasuk tiga warga Vietnam ditahan dalam sindiket pemalsuan cap imigresen yang beroperasi sejak dua tahun dengan bayaran RM2,500-RM3,000 setiap dokumen.

PUTRAJAYA: Tujuh individu termasuk tiga warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan cap keselamatan Imigresen semalam.

Mereka terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta tiga wanita Vietnam berusia 20 hingga 35 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata operasi itu dilancarkan berdasarkan maklumat dan risikan.

Dua suspek lelaki tempatan dikesan menaiki bas dari Terminal Bas Larkin, Johor Bahru menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur kira-kira tengah malam.

Pasukan operasi kemudian mengekori pergerakan kedua-dua suspek sehingga ke sebuah premis kediaman di Seri Kembangan, Selangor.

“Pasukan operasi menahan kedua-dua suspek ketika mereka memasuki premis kediaman tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Serbuan awal pagi itu berjaya menumpaskan sindiket disyaki terlibat dalam aktiviti pemalsuan cap keselamatan Imigresen.

Pasukan operasi menemui lapan naskhah pasport warga Vietnam dan dua cap keselamatan yang disyaki palsu di lokasi serbuan.

Sindiket itu dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu dengan menyasarkan warga Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Mereka menawarkan khidmat kepada warga asing yang ingin tinggal lama di Malaysia tanpa mengetahui pengesahan tersebut palsu.

Setiap urusan dikenakan bayaran antara RM2,500 hingga RM3,000 bagi satu dokumen.

Kesemua suspek disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

Warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Malaysia’s Gig Workers Bill 2025 sets new protections for 1.2 million workers

Malaysia's new Gig Workers Bill 2025 provides legal recognition and social security for 1.2 million platform workers, setting a regional benchmark.

Most Viewed

Hong Kong High Court Convicts Lai Chee-Ying of Collusion to Endanger National Security

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 15 December 2025 - The Court of First Instance of the High Court of the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR) today (December 15) convicted Lai Chee-ying and three associated companies (Apple Daily Limited, Apple Daily Printing Limited, and AD Internet Limited) in a case involving a total of three charges of offences endangering national security.

VinFast officially inaugurates electric vehicle plant in Subang, Indonesia

SUBANG, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 15 December 2025 - VinFast officially inaugurated its electric vehicle facility in Subang, West Java, marking a defining milestone in the Company's strategy to expand its global production network and deepen its long-term commitment to Indonesia.
spot_img

Popular Categories