the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi Segamat: Wanita gusar rekahan tanah di kawasan kebun

SEGAMAT: Kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun di bahagian belakang rumah yang dipercayai berpunca daripada gegaran gempa bumi menimbulkan kebimbangan seorang penduduk di Jalan Buloh Kasap, Batu 2 di sini.

Ramlah Ishak, 56, berkata kejadian itu dilihat semakin membimbangkan memandangkan kawasannya terkesan dengan semua insiden gegaran di daerah itu, termasuk yang terbaharu pada 7.29 pagi tadi.

“Pada dua minggu lepas saya nampak ada garis biasa dan kecil di tanah itu mungkin sebab cuaca panas.

“Tetapi apabila gegaran berlaku dalam seminggu ini saya lihat ada rekahan yang semakin ketara, posisinya pula di tengah-tengah laluan kebun dan ada sedikit di bahagian tepi. Ini yang buat saya rasa tidak sedap hati,“ katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Beliau yang mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai pelukis pelan berharap tiada lagi gempa bumi susulan berlaku kerana khuatir keselamatannya.

“Jika berlaku lagi dan rekahan semakin besar, saya rasa agensi berkaitan harus mengambil tindakan lanjut untuk membuat penilaian dan sebagainya,“ katanya.

Dalam pada itu, Ramlah berkata meskipun gegaran pagi tadi hanya pada 2.7 skala Ritcher, namun impaknya hampir menyamai gegaran pertama pada 24 Ogos lepas.

“Bumbung rasa bergegar, bunyi gegaran pula seakan guruh,“ katanya.

Setakat ini lima gegaran telah direkodkan di Segamat pada 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1 pada skala Richter; 8.59 pagi, Rabu (3.2); 7.56 malam, Khamis (2.5); 4.24 pagi semalam (3.4) dan 7.29 pagi tadi (2.7) – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings