Monday, November 3, 2025
24.9 C
Malaysia
spot_img

Kerajaan teliti penyasaran semula subsidi gula, beras dan minyak masak

The Sun Webdesk

Kerajaan akan teliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi ke atas barangan lain secara berperingkat selepas diesel dan BUDI95

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan bantuan ke atas barangan subsidi lain seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata langkah itu bertujuan memastikan tidak ada ketirisan berlaku serta menjamin subsidi hanya dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukannya.

Beliau menyatakan keutamaan kerajaan buat masa ini adalah memastikan kelancaran pelaksanaan program penyasaran subsidi bahan api diesel dan BUDI95.

“Program diesel dan BUDI95 ini menjadi asas kepada penyasaran subsidi yang lebih menyeluruh,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Syerleena Abdul Rashid berkenaan cadangan kerajaan untuk memperluas pelaksanaan subsidi kepada barangan lain.

Sementara itu, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata Sistem Pangkalan Data Utama kini mempunyai 30.4 juta profil individu dan isi rumah.

Katanya sebanyak 17 permohonan telah diluluskan untuk penggunaan data PADU bagi pelbagai penentuan dasar dan program setakat 31 Oktober 2025.

“Antara contoh terkini adalah penggunaan data PADU sebagai rujukan untuk inisiatif BUDI95,” jelasnya.

Agensi lain yang telah diluluskan untuk menggunakan data PADU termasuk Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Digital Negara.

Beliau menjawab soalan lisan daripada Datuk Idris Ahmad tentang kajian keberkesanan sistem PADU dalam pelaksanaan subsidi bersasar.

Soalan itu turut merangkumi jumlah penerima yang telah disemak semula serta langkah mitigasi untuk mengelakkan keciciran golongan B40 dan M40. – Bernama

Related

spot_img

Latest

A well-oiled machinery & equipment sector: The silent strength powering Malaysia’s semiconductor manufacturing excellence

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 3 November 2025 - In the global semiconductor race, the loudest voices don't always belong to those doing the heaviest lifting. While headlines trumpet chip breakthroughs and billion-dollar fabs, Malaysia has been quietly perfecting something far more fundamental: the machinery and equipment that makes it all possible.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img