the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rombakan kabinet hanya spekulasi, fokus isu banjir, Covid-19 – PM

ALOR GAJAH: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata tidak akan ada rombakan Kabinet setakat ini, sebaliknya tumpuan kerajaan kini kepada isu yang mencengkam rakyat terutamanya bencana banjir dan pandemik COVID-19.

Menyifatkan isu rombakan Kabinet hanya spekulasi semata-mata, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan negara masih dilanda bencana banjir dan COVID-19 yang belum selesai.

“Nama-nama tu macam-macam nama yang keluarlah… macam biasalah, dulu pun macam tu juga. Saya dah beritahu tadi, fokus saya sekarang adalah untuk banjir, jadi saya tak nak bercakap pun soal ada ke tak ada (rombakan kabinet), setakat ini selagi saya tak umumkan, tak adalah (rombakan kabinet),“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada 55 ketua isi rumah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa di sini, berikutan banjir yang kembali melanda Melaka sejak Sabtu lepas.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Kamel Mohamad.

Sejak kebelakangan ini, timbul desas-desus bahawa Ismail Sabri akan melakukan rombakan Kabinet dengan melantik seorang timbalan perdana menteri dan menggugurkan tiga menteri daripada jawatan yang disandang mereka. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings