the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas hilang di Bentong ditemukan selamat dalam keadaan lemah

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Warga emas berusia 69 tahun yang hilang di kawasan Chegar Medang Benus, Bentong ditemukan selamat oleh pasukan SAR petang tadi.

BENTONG: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan Chegar Medang Benus, Bentong pada Ahad lepas telah ditemukan selamat petang tadi.

Mohd Taib Ismail, 69, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 3.15 petang dalam keadaan lemah.

Beliau ditemui di kawasan semak berhampiran stesen sistem amaran banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Kampung Chegar Medang.

Mohd Taib kemudian dihantar ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan kesihatan, menurut Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Zaiham Kahar.

Polis belum memperoleh maklumat jelas mengenai tujuan Mohd Taib ke kawasan berkenaan.

“Warga emas itu mempunyai masalah daya ingatan dan sedang mendapatkan rawatan hospital,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Zaiham menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan SAR dan penduduk sekitar yang terlibat dalam operasi menyelamat.

Beliau menghargai sumbangan semua pihak dalam membantu menyelamatkan Mohd Taib. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hainan Island Carnival Sends a Global Summer Invitation

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 16 July 2026 - As midsummer arrives in the Northern Hemisphere, Hainan, China, welcomes its annual island-wide carnival. The 2026 (27th) Hainan Island Carnival will be held from July 18 to August 18, extending a vibrant summer invitation to guests from around the world.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings