the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taman Marin Teluk Darvel dan Taman Terumbu Mantanani akan diwartakan bagi melindungi biodiversiti marin Sabah

KUDAT: Dua taman marin di Sabah iaitu Teluk Darvel di Lahad Datu dan Taman Marin Terumbu Mantanani di Kota Belud, sedang dalam proses untuk diwartakan bagi melindungi biodiversiti marin di kawasan perairan negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata pada masa ini terdapat enam taman marin di negeri itu yang diurus agensi pemuliharaan alam sekitar kerajaan negeri Taman-Taman Sabah (TTS), dan kerajaan sedang dalam proses untuk menambah beberapa kawasan taman marin baharu.

“Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) komited untuk memastikan biodiversiti marin khususnya memastikan ekosistem habitat terumbu karang terus terpelihara, mementingkan aspek keselamatan makanan, sara hidup mampan dan pembangunan ekopelancongan di perairan dan kepulauan Sabah,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kapal ‘Si Buding’, sempena lawatannya ke Taman Tun Mustapha (TTM) di sini, hari ini.

Enam taman marin diurus TTS ialah Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Pulau Tiga, Taman Pulau Sipadan, Taman Pulau Penyu, Taman Marin Tun Sakaran dan TTM manakala tiga lagi taman di daratan iaitu Taman Kinabalu, Taman Bukit Tawau dan Taman Banjaran Crocker.

Dalam pada itu, Jafry berkata usaha melindungi terumbu karang seperti di TTM perlu dilaksanakan secara holistik dengan kerjasama semua pihak.

Beliau berkata TTM dengan lautannya meliputi kawasan seluas 898,762.76 hektar bukan sahaja menjadi sebagai taman marin pelbagai guna terbesar di negara ini tetapi juga sebagai sebahagian daripada santuari ikan jerung atau yu spesies yang diancam kepupusan.

Terdahulu, Jafry melancarkan kapal yang diberikan nama ‘Si Buding’ sempena nama panggilan tempatan ikan Jerung Paus atau nama saintifiknya ‘Rhincodon Typus’ sejenis ikan terkenal dengan sifatnya yang jinak, berenang secara perlahan-lahan dan boleh dijumpai di perairan Sabah.

Kapal Si Buding berperanan sebagai pejabat bergerak untuk TTM bagi aktiviti rondaan selain digunakan untuk membawa dan menghantar bantuan makanan di kawasan komuniti di TTS, katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings