the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rakyat Malaysia bermastautin di Thailand disaran daftar dengan kedutaan

BANGKOK: Rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand disarankan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Duta Besar Malaysia di Thailand Datuk Jojie Samuel berkata kedutaan itu sedang mengumpul data mengenai rakyat Malaysia yang tinggal di negara Gajah Putih itu.

Menurut beliau usaha tersebut bertujuan membantu pihak berkuasa Thailand yang sedang menjalankan tinjauan dan mengumpul data mengenai warga asing yang memerlukan vaksin Covid-19 di negara berkenaan.

Katanya, Thailand merancang untuk memperluas program vaksinasi Covid-19 secara percuma kepada warga asing yang tinggal di negara berkenaan yang meliputi golongan ekspatriat, pekerja migran dan pelajar.

“Sekiranya, kerajaan Thailand memperluas program vaksinasi kepada warga asing, maka kami dapat memberikan data tersebut kepada pihak berwajib,” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, rakyat Malaysia boleh membuat pendaftaran dengan menghantar maklumat butiran diri (nama, jantina, nombor kad pengenalan dan pasport, lokasi dan nombor telefon) ke e-mel [email protected] atau melayari laman Facebook Kedutaan Malaysia di Bangkok.

Sehingga kini, Jojie berkata terdapat kira-kira 1,200 rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand mendaftar dengan kedutaan.

Terdapat kira-kira 8,000 hingga 10,000 rakyat Malaysia yang menetap di sini, katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Jojie berkata, pertandingan video “Thai Tiew Malaysia” anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, adalah inisiatif untuk mempromosi dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama ketika waktu mencabar kini.

Katanya, pertandingan ini merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan mempergiatkan kempen Malaysia Truly Asia terutamanya ketika sekatan perjalanan akiba penularan pandemik Covid-19.

“Saya berharap bahawa inisiatif ini akan mencetuskan minat dalam kalangan pelancong dan menarik minat mereka untuk melawat ke Malaysia setelah pintu sempadan dibuka semula,“ katanya.

Jojie berkata, Malaysia menguatkuasakan sekatan perjalanan yang lebih ketat termasuk menyekat kemasukan pelancong antarabangsa, mewajibkan ujian saringan Covid-19 dan kuarantin semasa ketibaan pelawat sebagai usaha mengekang penularan Covid-19.

“Anjakan aliran dalam kecenderungan lawatan pelancong setelah berlaku pandemik telah memaksa industri pelancongan untuk membuat perubahan drastik dan menyesuaikan industri dengan norma baharu.

“Industri pelancongan ini tidak mempunyai pilihan untuk berkembang selain bergerak seiring dengan penularan wabak dan mencari jalan untuk memastikan pelancongan yang selamat untuk semua,” katanya.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings