the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kriteria pemilikan rumah PR1MA kekal untuk skim ‘Rent-To-Own’

KUALA LUMPUR: Kriteria untuk memiliki kediaman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) adalah kekal, walaupun pembelian dilakukan menerusi skim sewa untuk dimiliki (RTO) yang akan dilancarkan Jun ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata kelayakan untuk pembeli kediaman itu adalah mengikut polisi PR1MA sedia ada termasuk boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja dan pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500-RM15,000 sebulan.

“Kita akan teruskan kriteria yang ditetapkan sebelum ini dan kita memberi jaminan projek yang dilaksanakan, mampu dimiliki oleh pembeli golongan M40.

“Saya akui memang kita ada berdepan beberapa cabaran termasuk isu kelewatan projek, namun PR1MA komited dalam memastikan agenda membina lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan ini, terus dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama-sama pengurusan dan kakitangan PR1MA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini, yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Nazri Md Shariff.

Antara kriteria lain pemilikan kediaman PR1MA adalah pembeli mestilah warganegara Malaysia dan berstatus bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas.

Selasa lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata skim RTO membabitkan unit perumahan PR1MA di seluruh negara dijangka dilancarkan Jun ini dan mekanisme skim tersebut sedang diperhalusi kementerian dengan institusi perbankan.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 pada November lepas, kerajaan mengumumkan kerjasama dengan institusi kewangan terpilih untuk menyediakan unit perumahan RTO hingga 2022, membabitkan 5,000 unit perumahan PR1MA di seluruh negara bernilai lebih RM1 bilion. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings