the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak lemas, terjatuh ke dalam lubuk air di sawah padi

KANGAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk air sedalam dua meter ketika berbasikal berhampiran sawah padi di Kampung Hutan Kandis, Arau hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, Mohamad Amir Faris sedang berbasikal bersama-sama adik lelakinya yang berusia lapan tahun dan kawan perempuan mereka berumur 11 tahun sebelum dia tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh ke dalam lubuk berkenaan.

Orang ramai yang berada di kawasan berhampiran cuba membantu mangsa namun mangsa tenggelam sebelum berjaya ditarik keluar dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar untuk dibedah siasat, katanya ketika dihubungi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings