the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hospital Ampang berstatus hospital rawatan pesakit Covid-19 sepenuhnya: Pengarah JKNS

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah memutuskan untuk menukar status Hospital Ampang daripada Hybrid Covid-19 kepada hospital rawatan pesakit Covid-19 sepenuhnya (Hospital Full Covid-19) berkuat kuasa semalam (23 Jun).

Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata keputusan berkenaan diambil berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang tinggi terutamanya melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di zon wilayah tengah.

“Situasi ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital zon wilayah tengah melebihi kadar maksimum sehingga Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.

“Secara keseluruhannya, kini terdapat dua hospital yang akan beroperasi sebagai Hospital Full Covid-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang,“ katanya menerusi satu surat pemakluman penukaran status hospital itu bertarikh 22 Jun 2021.

Dr Sha’ari berkata susulan itu, semua rujukan pesakit bukan Covid-19 dari fasiliti lain ke Hospital Ampang perlu dihentikan sementara waktu mulai Rabu bagi memberi ruang kepada Hospital Ampang menerima pesakit Covid-19.

“Jabatan ini (JKNS) juga memohon kerjasama Hospital Ampang untuk menerima rujukan pesakit bukan Covid-19 yang sedia ada daripada Hospital Ampang agar rawatan kepada pesakit-pesakit tersebut dapat diteruskan,” katanya menerusi surat itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings