the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pahang tambah pewartaan 780.94 hektar sebagai hutan tadahan air

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju mewartakan tambahan 780.94 hektar hutan sebagai Hutan Tadahan Air (HTA) melibatkan hutan di dalam daerah Maran dan Kuantan.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (pix) berkata ia melibatkan kawasan seluas 443.73 hektar Hutan Simpanan Kekal (HSK) Berkelah, Maran dan 337.21 hektar HSK Lepar, Kuantan.

“Tambahan kawasan ini menjadikan keseluruhan HTA di Pahang seluas 343,503.35 hektar. Pewartaan HTA bermakna tiada sebarang aktiviti pengusahahasilan boleh dilakukan dalam kawasan yang disifatkan sensitif alam sekitar,“ katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata keputusan menambah pewartaan yang dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Rabu lepas (29 Sept), dapat terus memelihara dan menjamin kelestarian alam sekitar negeri ini.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy memaklumkan tambahan 443.73 hektar di HSK Berkelah merupakan tambahan kepada 2,134 hektar HTA sedia ada di situ, menjadikan keseluruhan HTA kepada 2,577.73 hektar.

Luas keseluruhan HSK Berkelah ialah 40,502.05 hektar.

Bagi HSK Lepar yang berkeluasan 22,247 hektar, ini merupakan kali pertama kawasan HTA bakal diwartakan di situ.

Pahang mempunyai HSK seluas 1.59 juta hektar.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings