Friday, November 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiga pekerja maut dalam kebakaran kontena kapal di PTP

Bernama

Tiga pekerja maut, tiga cedera dalam kebakaran kontena kapal MSC Kyparissia di Pelabuhan Tanjung Pelepas ketika kerja pemunggahan.

ISKANDAR PUTERI: Tiga pekerja maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran kontena di atas kapal MSC Kyparissia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri tiba di lokasi pada 12.40 tengah hari.

Kebakaran berlaku ketika kerja pemunggahan dijalankan di bahagian bawah geladak Blok 5 kapal tersebut.

Tiga mangsa maut terdiri daripada warga Malaysia berusia 59 tahun, warga Filipina dan warga Britain berusia lingkungan 40-an.

Tiga pekerja cedera membabitkan warga Malaysia berusia 26 tahun dan dua warga Filipina berusia lingkungan 40-an.

Semua mangsa cedera telah dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri oleh ambulans PTP.

Pemadaman awal dilakukan Bomba PTP menggunakan dua tug boat dengan sokongan operasi pemunggahan oleh Quay 118.

Pos Kawalan Hadapan telah dibuka di lokasi dan operasi pemadaman masih dijalankan bersama pihak PTP.

Sembilan anggota bomba bersama sebuah Fire Rescue Tender serta sebuah kenderaan utiliti digerakkan dalam operasi tersebut.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Canon Drives the Future of Smart Work at Think Big Bangkok 2025

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 – Canon today announced its upcoming Think Big Bangkok Series, with the theme of 'The Future of Smart Work: AI. Cloud and Beyond.'.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img