the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sabah terima RM20 juta pembayaran dividen dan sumbangan Tabung Covid-19 daripada Sawit Kinabalu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menerima RM20 juta daripada Kumpulan Sawit Kinabalu sebagai pembayaran interim dividen bagi suku pertama dan kedua tahun ini, serta sumbangan untuk Tabung Covid-19.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor(gambar) dalam satu kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu sebanyak RM10 juta adalah untuk pembayaran interim dividen berkenaan manakala RM10 juta lagi disalurkan kepada Tabung Covid-19.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Sawit Kinabalu menerima replika cek tersebut daripada Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Bacho Jansie dalam satu majlis penyerahan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, pada Khamis.

Hajiji berkata walaupun berdepan dengan penularan pandemik Covid-19, namun Sawit Kinabalu terus menunjukkan prestasi cemerlang kerana mampu membayar dividen, dan dalam masa sama, menyalurkan bantuan kepada Tabung Covid-19.

“Pembayaran ini jelas memenuhi aspirasi kerajaan negeri bahawa syarikat berkaitan kerajaan hendaklah cekap dan membawa keuntungan. Kerajaan akan sentiasa menyokong industri sawit sebagai satu daripada sektor ekonomi kerana ia sejajar dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“SMJ menekankan pertanian sebagai satu daripada tiga sektor utama pertumbuhan ekonomi negeri ini selain perindustrian dan pelancongan. Ini juga satu bukti yang jelas betapa kerajaan mengambil serius mengenai pembangunan ekonomi negeri untuk membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat,” katanya.

Sehingga kini, Sawit Kinabalu, yang merupakan jentera pelaburan kerajaan Sabah telah membayar dividen berjumlah RM1.2 bilion kepada kerajaan negeri sejak syarikat itu diperbadankan 25 tahun lalu.

Sementara itu, Bacho berkata walaupun seluruh negara sedang mengalami ancaman pandemik Covid-19 dan bencana alam seperti banjir di beberapa negeri, namun industri sawit tetap membawa impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi.

Menurutnya, pada tahun ini, harga minyak sawit mentah mencatat harga tertinggi iaitu melebihi RM4,700 setan metrik pada Mei lepas, hasil daripada prestasi faktor-faktor lain seperti peningkatan harga minyak kacang soya.

“Prestasi aktiviti di ladang dan kilang amat memberangsangkan dengan tumpuan utama diberi bagi memaksimumkan pengeluaran buah di ladang dan kerja-kerja pemprosesan di kilang. Melalui keutamaan diberikan kepada aktiviti itu, jelas prestasi ini akan meningkat lagi pada masa akan datang.

“Kekuatan Sawit Kinabalu terletak pada tenaga pekerjanya termasuk di ladang dan kilang. Pada musim pandemik ini, syarikat membelanjakan lebih RM6 juta bagi kos perbelanjaan Covid-19 termasuk pembayaran insentif pekerja ladang dan kilang sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HKSTP Leads Largest-Ever Hong Kong Delegation to BIO 2026 Showcasing Life and Health Tech...

HONG KONG SAR/SAN DIEGO, UNITED STATES - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP), in collaboration with InvestHK as co-organiser, the Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) as supporting organisation, and five renowned local universities - The University of Hong Kong, The Chinese University of Hong Kong, The Hong Kong University of Science and Technology, The Hong Kong Polytechnic University and City University of Hong Kong - to form the city's largest-ever delegation of life and health technology innovators to the BIO International Convention 2026 (BIO 2026) in San Diego, from June 22 to 25.

Vinpearl secures USD 255 million from international investors, affirming long-term growth prospects

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vinpearl Joint Stock Company announced the successful closing of a USD 255 million strategic investment from SeaTown Private Credit Fund III, a private credit fund managed by SeaTown Holdings International (SeaTown), and Oman Investment Authority (OIA), Vietnam Oman Investment (VOI).

SumiSaujana eyes regional growth as shareholders endorse strategy

The group remains cautiously optimistic on the oil and gas sector, buoyed by stable upstream activity across key Asian markets and steady demand for specialty chemical solutions, as shareholders approved all resolutions tabled at its second AGM.

VEC forges strategic partnerships with leading industry players to advance international exhibitions and events...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vietnam Exposition Center (VEC) has signed strategic Memoranda of Understanding (MOUs) with leading partners in the exhibition, events, and trade promotion sectors, including Informa Markets, NC Network, Exporum, Vinexad, Chaoyu Expo, and the Vietnam Exhibition & Convention Association (VECA).

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings