the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parlimen Pengkalan Chepa salur peruntukan berjumlah RM600,000 bantu penduduk sejak Januari

KOTA BHARU: Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa menyalurkan peruntukan berjumlah RM600,00 bagi membantu kira-kira 7,500 penduduk yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak Januari lepas.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Muhammad Abdul Munib Assyakirin Zakaria berkata sumbangan berupa makanan dan wang tunai itu telah memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan termasuk nelayan, petani, golongan asnaf dan miskin.

“Peruntukan berkenaan turut meliputi sumbangan kepada keluarga yang dikenakan kuarantin dan buruh yang tidak dapat bekerja dalam tempoh Covid-19.

“Jika sebelum ini kita telah mengagihkan kepada golongan sasar, kali ini diperluaskan lagi kepada golongan yang lain,” katanya kepada pemberita semasa Program Pembahagian Sumbangan Parlimen Pengkalan Chepa di Kampung Landak, di sini hari ini.

Pada program tersebut, Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa menyerahkan pek sumbangan makanan termasuk barangan basah untuk keperluan 180 penduduk di Kampung Pulau Tukang Dollah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 25 Jun lepas.

Muhammad Abdul Munib Assyakirin berkata pihaknya juga akan mengagihkan Bantuan Bakul Makanan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bermula minggu depan.

“Sumbangan membabitkan peruntukan sebanyak RM300,000 seperti diumumkan di dalam pakej berkenaan akan memanfaatkan seramai 3,000 penerima yang layak dan diagihkan menerusi penghulu mukim di kawasan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Pulau Panjang Wan Zakaria Wan Ali berkata sehingga kini bekalan makanan yang diperuntukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada penduduk di kampung berkenaan sebanyak tiga kali sehari adalah mencukupi.

“Malah, pihak kami juga ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa terutamanya kepada Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang telah menyalurkan sumbangan makanan kepada 180 penduduk sebanyak empat kali sejak PKPD dilaksanakan di kampung berkenaan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings