KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riâayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas pelumba basikal kebangsaan Ishak Alwi yang meninggal dunia kelmarin.
Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini menyatakan Seri Paduka berdua menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada sukan lumba basikal negara.
âSeri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
âJasa, khidmat serta bakti Allahyarham kepada negara amat dihargai. Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,â demikian menurut hantaran itu.
Allahyarham yang merupakan adik kepada seorang lagi pelumba basikal negara, Rosman Alwi, terkenal dengan acara pecut dan satu kilometer ujian masa pada era 80-an.
Allahyarham juga pernah mewakili pasukan lumba basikal kebangsaan di Kejohanan Remaja Dunia di Paris, Perancis pada 1984.-Bernama









