the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bot karam bawa 100 PATI, enam selamat ditemui di Langkawi

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Enam PATI selamat ditemui di Langkawi selepas bot bawa hampir 100 pendatang tanpa izin karam di perairan Malaysia-Thailand, seorang wanita maut

ALOR SETAR: Sebuah bot dipercayai membawa hampir 100 pendatang tanpa izin telah karam berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand.

Enam mangsa berjaya diselamatkan di perairan Langkawi, manakala satu mayat wanita turut ditemui.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata enam yang diselamatkan terdiri daripada tiga lelaki warga Myanmar, dua lelaki etnik Rohingya dan seorang lelaki Bangladesh.

“Pada 9 pagi semalam, kita menerima panggilan daripada orang awam yang menemui tiga lelaki hanyut berhampiran Teluk Ewa, Langkawi,” katanya.

Tiga lagi lelaki dan mayat seorang wanita ditemui pada sebelah petang di lokasi yang sama.

Siasatan awal mendapati mereka menaiki sebuah kapal besar membawa 300 orang untuk masuk ke Malaysia kira-kira sebulan lalu.

Mereka kemudian diarahkan menaiki tiga bot lebih kecil berhampiran sempadan dengan anggaran 100 orang setiap bot.

“Pertukaran bot dilakukan bagi mengelak dikesan dan ditahan pihak berkuasa,” jelas Adzli.

Bot yang dinaiki mangsa dipercayai karam tiga hari lalu di perairan Thailand sebelum mereka hanyut ke perairan Malaysia.

Status dua bot lagi masih tidak diketahui sama ada turut karam atau sebaliknya.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin diminta melancarkan operasi mencari dan mengesan mangsa lain.

Enam lelaki berkenaan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk siasatan lanjut.

Mayat wanita itu ditempatkan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk proses seterusnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Chinese company YingShen Intelligence’s 4D World Model–Powered Embodied Robots Enter Vietnamese Factories, Pioneering a...

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - Several footwear manufacturers in Vietnam have entered into strategic partnerships with Hangzhou Yingshen Intelligent Technology Co., Ltd. (Yingshen Intelligence), a Chinese artificial intelligence company specialising in 4D world models and embodied intelligence.

Shaifubari clinches dramatic PGM Royal Pekan Closed Championship title

Veteran Shaifubari Muda capped his domestic season in style after defeating Marcus Lim in a playoff to win the PGM Royal Pekan Closed Championship at Royal Pekan Golf Club.Shaifubari carded a birdie on the 18th hole to finish at seven-under-par, taking the clubhouse lead after overnight leader Sukree bogeyed the closing hole to slip into second place.Marcus, playing alongside Sukree in the final group, birdied the last to force a playoff with Shaifubari.Returning to the 18th, both players found the fairway off the tee before Shaifubari fired his approach to within three yards of the pin. Marcus's second shot finished on the right side of the green, but his birdie putt stopped a yard short.Shaifubari calmly holed his birdie putt to seal the title and the RM31,500 winner's cheque.Ben Leong recorded the lowest round of the day with a six-under 66 to finish the tournament at five-under overall.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings