the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Petani, penternak dan nelayan disaran kuasai teknologi baharu -Awang Tengah

LAWAS: Petani, penternak dan nelayan di Sarawak disaran supaya meneroka, menggunakan dan menguasai teknologi baharu untuk meningkatkan hasil mereka, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. (pix)

Beliau berkata penggunaan teknologi bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan pengurusan ladang dan kebun malah membantu memacu produktiviti sektor itu.

Justeru katanya, Agriculture Community Outreach Programme atau AgriCOP yang dilaksanakan Jabatan Pertanian Sarawak amat bertepatan untuk memberi pendedahan kepada petani, penternak dan nelayan mengenai penggunaan teknologi.

“Pelbagai teknologi dengan sistemnya boleh digunakan dan membantu petani-petani kita meningkatkan penghasilan, kualiti dan produktiviti produk pertanian mereka.

“Saya amat bangga dengan program ini (AgriCOP). Kita beri pendedahan, ilmu dan bantuan kepada petani untuk memperkasakan produk mereka sekali gus meningkatkan taraf pendapatan,” katanya pada majlis perasmian AgriCOP di Dewan Masyarakat Kampung Sualai di sini hari ini.

Awang Tengah berkata selaras hasrat menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi, sektor pertanian antara elemen penting diberikan penekanan dan keutamanan oleh kerajaan negeri menerusi pembangunan infrastruktur, penggunaan teknologi dan bantuan kewangan kepada pemain sektor itu.

Sementara itu, AgriCOP yang disertai 80 penduduk kampung terdiri daripada petani dan nelayan itu bertujuan memberi pendedahan mengenai bantuan dan program yang disediakan kerajaan negeri dan Persekutuan, selain memperkenalkan teknologi pertanian.

Turut hadir, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datuk Ubaidillah Abdul Latip dan Pegawai Pertanian Bahagian Limbang Jakaria Rambli.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings