the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu gangguan seksual, mesej ‘spam’ judi dalam talian antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Isu gangguan seksual dan mesej ‘spam’ yang mempromosi perjudian dalam talian akan menjadi antara persoalan dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke-12, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, pertanyaan itu diajukan Noorita Sual (PH-Tenom) pada sesi soal jawab yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan komitmen kerajaan dalam memperkenalkan Akta Gangguan Seksual serta garis masa akta itu akan dibentangkan.

Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pula bertanyakan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai usaha drastik dilaksanakan kementerian bagi mengatasi isu mesej ‘spam’ yang mempromosikan perjudian secara dalam talian.

Mohd Nizar juga mempersoalkan sama ada wujud sebarang penglibatan pengendali syarikat telekomunikasi yang bersekongkol dengan sindiket berkenaan bagi menjual data peribadi pengguna.

Menurut takwim Parlimen, Persidangan Dewan Rakyat dijangka diteruskan dengan sesi penggulungan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) oleh kementerian terlibat bermula hari ini hingga Khamis.

Sebelum ini, seramai 131 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang serta Bebas mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Bajet 2022 selama tujuh hari bermula 1 Nov lepas.

Dewan Rakyat akan bersidang sehingga 16 Dis ini.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings