the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tumpuan di Istana Negara untuk majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila pemimpin parti-parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut sumber, majlis menghadap bermula pada 2 petang itu melibatkan ketua parti susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri semalam.

Antara yang dijadual menghadap adalah presiden parti masing-masing iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang).

Semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin dan jawatan seluruh Jemaah Menteri.

Seri Paduka juga berkenan untuk Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baharu dilantik.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings