the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDN tegaskan tiada kompromi pencerobohan perairan negara

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KDN tidak berkompromi pencerobohan perairan namun utamakan selamatkan nyawa dalam insiden bot karam, kata Menteri Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan pencerobohan perairan negara termasuk oleh pendatang tanpa izin atau aktiviti pemerdagangan manusia.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bagaimanapun keutamaan diberikan kepada usaha menyelamatkan nyawa apabila berlaku insiden seperti kapal karam.

“Sama ada istilahnya pelarian, penyeludupan manusia atau pemerdagangan orang, tugas utama agensi penguat kuasa adalah untuk menghalang mereka daripada memasuki perairan negara.

“Namun, kalau dah berlaku insiden macam bot karam misalnya, kerja kita adalah menyelamatkan dahulu. Bila bot karam, kita biarkan dia (mangsa) mati lemas, itu zalim namanya, jadi kita selamatkan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia (WDAT) di sini hari ini.

Beliau berkata Malaysia tetap komited melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan dalam situasi kecemasan namun pada masa sama berpegang teguh kepada prinsip kedaulatan dan keselamatan negara.

Mengulas mengenai insiden bot karam di Langkawi, beliau memaklumkan operasi mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan meliputi kawasan pencarian kira-kira 250 batu nautika persegi.

Katanya fokus operasi ketika ini tertumpu sekitar lingkungan empat hingga lima batu nautika dari pesisir pantai negara dan semua mangsa yang ditemui, sama ada terselamat atau tidak, akan dibawa ke Pulau Langkawi.

“Pertama kita nak tahu sama ada mereka ada dokumen atau tidak, dokumen masuk ke negara ini atau dokumen pengenalan diri. Jika tiada, mereka akan dikategorikan di bawah kesalahan imigresen.

“Kemudian, kita akan kenal pasti negara asal dan siasat dari mana mereka mula belayar serta lokasi terakhir sebelum kejadian berlaku,” katanya.

Terdahulu, enam lagi mayat imigran dipercayai mangsa bot karam ditemukan terapung oleh pihak berkuasa Thailand di perairan sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa setakat ini seramai 26 orang termasuk 13 yang masih hidup. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Chinese company YingShen Intelligence’s 4D World Model–Powered Embodied Robots Enter Vietnamese Factories, Pioneering a...

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - Several footwear manufacturers in Vietnam have entered into strategic partnerships with Hangzhou Yingshen Intelligent Technology Co., Ltd. (Yingshen Intelligence), a Chinese artificial intelligence company specialising in 4D world models and embodied intelligence.

Shaifubari clinches dramatic PGM Royal Pekan Closed Championship title

Veteran Shaifubari Muda capped his domestic season in style after defeating Marcus Lim in a playoff to win the PGM Royal Pekan Closed Championship at Royal Pekan Golf Club.Shaifubari carded a birdie on the 18th hole to finish at seven-under-par, taking the clubhouse lead after overnight leader Sukree bogeyed the closing hole to slip into second place.Marcus, playing alongside Sukree in the final group, birdied the last to force a playoff with Shaifubari.Returning to the 18th, both players found the fairway off the tee before Shaifubari fired his approach to within three yards of the pin. Marcus's second shot finished on the right side of the green, but his birdie putt stopped a yard short.Shaifubari calmly holed his birdie putt to seal the title and the RM31,500 winner's cheque.Ben Leong recorded the lowest round of the day with a six-under 66 to finish the tournament at five-under overall.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings