the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir semua individu divaksin, Selangor yakin masuk ke fasa dua PPN

SHAH ALAM: Selangor dijangka memasuki ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang September ini, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari. (pix)

Amirudin berkata unjuran tersebut dibuat berdasarkan perkembangan terkini kadar vaksinasi Selangor bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan aplikasi MySejahtera yang menunjukkan jumlah penerima dos pertama adalah sebanyak 98 peratus.

Beliau berkata peningkatan kadar tersebut kerana terdapat warga Selangor yang mengambil vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) luar dari negeri itu, contohnya vaksin jenis AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

“Selepas dikemaskini melalui MySejahtera, jumlah penerima dos pertama sebanyak 98 peratus dan angka 80 peratus (yang diumum semalam) adalah berdasarkan pusat-pusat pemberian vaksin di Selangor.

“Kita telah cecah 98 peratus pemberian dos pertama dan dengan angka itu kita yakin menjelang September nanti, Selangor boleh bila-bila masa memasuki Fasa Dua PPN.

“Kita juga mendapati kemasukan ke hospital untuk kes-kes kritikal menurun dengan signifikan terutamanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Sungai Buloh bagi pesakit Covid-19 tahap pertama, kedua dan ketiga, iaitu mereka yang berumur 40 tahun, 60 tahun dan kumpulan komorbid,” katanya dalam sidang media secara maya di sini, kelmarin.

Bagi kadar dos vaksin kedua pula, Amirudin berkata angka tersebut sedang dimuktamadkan dengan CITF, namun berdasarkan data dari PPV di Selangor sudah mencecah 56 peratus dan menjelang hujung bulan ini dijangka mencapai 60 peratus penduduk dewasa yang lengkap divaksinasi.

“Kita jangka jika dapat dipertingkatkan, ia dapat membantu imuniti kelompok dengan lebih lengkap,” katanya.

Amirudin turut mengulas tentang pemberian suntikan vaksin dos ketiga yang dijangka pada awal atau pertengahan tahun hadapan.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah beberapa hari lepas dalam talian dan kita lihat kebarangkalian untuk vaksin (dos ketiga) itu dilaksanakan pada tahun hadapan dan bukan tahun ini kerana kita sedang menunggu isyarat yang jelas dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Beliau berkata ada beberapa pertimbangan yang harus diambil kira termasuk bekalan vaksin yang masih terhad di negara-negara lain di dunia dan bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

OR Sets 2030 Sustainability Goals Amid Global Energy Transition, Targeting Inclusive Growth for People,...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - PTT Oil and Retail Business Public Company Limited (OR), Thailand's leading energy and lifestyle retail operator, has announced its OR 2030 Goals - a comprehensive sustainability framework across three dimensions: Economic Prosperity, Living Community, and Healthy Environment - as the global energy industry undergoes accelerating transition, navigates geopolitical uncertainty, and responds to climate imperatives.

TrendAI™ Named Trusted Partner in the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 23 June 2026 - TrendAI™, the enterprise AI security leader from Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), today announced it has joined the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program – gaining access to OpenAI's frontier AI capabilities purpose-built for cybersecurity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings