the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pandemik hendaklah menginsafkan para pemimpin untuk lebih bertanggungjawab: Sultan Nazrin

IPOH: Pandemik yang sedang dihadapi negara hendaklah menginsafkan para pemimpin, dengan tanggungjawab untuk melakukan penetapan semula perkara-perkara yang perlu diutamakan dalam urus tadbir negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah(gambar).

Baginda bertitah, perkara yang perlu diutamakan dalam pentadbiran negara itu haruslah berteraskan prinsip keadilan, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menyerahkan amanah kepada yang ahli dalam bidangnya.

Titah Sultan Nazrin, ahli falsafah Islam Ibnu Khaldun dalam Mukadimah yang dihasilkannya 800 tahun lalu, memberikan peringatan bahawa sesebuah tamadun akan runtuh apabila pemerintahan gagal melaksanakan keadilan.

“Ibnu Khaldun mengaitkan bencana dengan perubahan sosial yang membentuk lima fasa. Fasa pertama, suatu kaum bersandarkan semangat asabiyah bergerak membentuk identiti politik, fasa kedua, bermulanya perluasan kuasa, pengaruh dan wilayah dan fasa ketiga, kerajaan melalui zaman kemewahan dan kesenangan hasil pemerintahan sebelumnya.

“Manakala fasa keempat, fasa kelalaian dan berpuas hati dengan pencapaian serta fasa kelima fasa kejatuhan dan kehancuran sesebuah identiti politik dan kerajaan. Ibnu Khaldun memberikan peringatan bahawa lima fasa tersebut akan berulang; setiap tamadun dan setiap identiti politik akan menghadapinya dalam kitaran sejarah,” titahnya.

Titah Baginda dibacakan Pro-Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah ke-13 yang diadakan secara maya hari ini.

Sultan Nazrin bertitah Ibnu Khaldun juga turut mengingatkan manusia, pada saat menghadapi bencana berat yang sedang melanda ini, wajib mendalami lubuk hati, menyelami daya fikir, agar dapat menginsafi tentang kemungkinan jatuhnya sesebuah identiti politik, kerajaan, negara dan tamadun, jika sesebuah negara tidak memiliki cukup persediaan dan kekuatan.

Baginda bertitah sehingga berjaya menemui penawar mujarab, manusia hendaklah menggunakan akal fikiran melakukan perubahan, penyesuaian dan penghijrahan daripada norma hidup sebelum ini dengan memiliki pandangan alam (world view) yang bijaksana.

“Perlu diterima hakikat manusia ialah sebahagian daripada alam semula jadi dan tertakluk kepada kuasa alam; dan kuasa alam pula tertakluk kepada kuasa Ilahi.

“Pandemik dan penyakit walaupun bermula daripada tangan durjana manusia, tetapi keizinan terjadinya pandemik dan penyakit, ditentukan oleh Allah SWT,” titah Baginda.

Dalam titah itu juga, Sultan Nazrin mengingatkan bahawa pada zaman silam, ulama mentafsirkan, apabila sesuatu bencana diturunkan, menandakan kemurkaan Ilahi terhadap perbuatan dosa dan kezaliman manusia.

“Oleh itu, di samping usaha begitu gigih yang diterokai untuk mencari formula mengatasi wabak, manusia wajib meneguhkan iman, menerima sesuatu bencana sebagai qadar yang telah ditentukan Ilahi, dan berusaha mencari rahsia yang terkandung di sebalik bencana yang diturunkan,” titah Baginda.

Menyentuh mengenai konvokesyen hari ini, Sultan Nazrin yang juga Canselor USAS bertitah istiadat yang sepatutnya berlangsung pada akhir tahun lalu, terpaksa ditangguhkan dengan harapan wabak dapat dikawal dan angka jangkitan menurun.

“Di sebaliknya, virus Covid-19 terus menyerang ganas dan semakin ganas, mengakibatkan angka jangkitan dan kematian terus meningkat. Membaca keadaan yang berlaku, Beta telah memperkenankan sembah cadangan pengurusan universiti agar istiadat konvokesyen tidak ditangguhkan lagi, di sebaliknya dilaksanakan secara maya,” titahnya.

Dalam istiadat secara maya itu, seramai 1,292 orang graduan berjaya menamatkan pengajian masing-masing, selain dua orang penerima ijazah Doktor Falsafah, 59 orang ijazah Sarjana, 288 orang ijazah Sarjana Muda, dan 923 orang diploma. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings