the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
27.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia teroka tenaga nuklear secara berperingkat

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Malaysia akan teroka tenaga nuklear secara berperingkat dan berasaskan sains untuk pelbagaikan campuran tenaga negara dan tingkatkan keselamatan bekalan.

PETALING JAYA: Malaysia akan meneroka penggunaan tenaga nuklear secara berperingkat dan berasaskan sains bagi mempelbagaikan campuran tenaga negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata inisiatif ini bertujuan meningkatkan kebolehpercayaan dan kemampuan bekalan tenaga.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menegaskan ini komitmen jangka panjang Malaysia untuk memperkukuh keselamatan tenaga.

“Ini bukan perubahan mendadak tetapi dilaksanakan secara berperingkat dan berasaskan sains,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Tenaga Nuklear (ICNE) 2025.

Fadillah berkata pendekatan Malaysia berpandukan tiga prinsip utama iaitu keselamatan, ketelusan dan kelestarian.

Setiap keputusan akan dibuat berasaskan data saintifik, libat urus awam dan amalan terbaik antarabangsa.

Kerajaan telah melantik MyPower Corporation sebagai Organisasi Pelaksana Program Tenaga Nuklear (NEPIO).

MyPower akan menerajui kesiapsiagaan negara ke arah pembangunan tenaga nuklear masa hadapan.

Pelantikan ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan nuklear negara.

MyPower akan menyelaras usaha melibatkan pelbagai kementerian, badan pengawal selia dan pemain industri.

Tanggungjawabnya termasuk memperkukuh rangka kerja institusi, perundangan dan kawal selia.

Ia juga akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan dan menjalankan libat urus awam bagi membina kepercayaan masyarakat.

“MyPower mencerminkan komitmen seluruh kerajaan Malaysia untuk memastikan penerimaan tenaga nuklear dijalankan secara teratur dan telus,” katanya.

Penerokaan tenaga nuklear turut terkandung dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Inisiatif ini juga melengkapi Dasar Tenaga Negara (NEP) 2022-2040.

Inisiatif semasa termasuk memperkukuh kapasiti Jabatan Tenaga Atom Malaysia (Atom Malaysia).

Kerajaan juga membangunkan kepakaran teknikal melalui kerjasama antarabangsa.

Dialog awam yang telus mengenai penggunaan tenaga nuklear secara selamat turut dipromosikan.

Persidangan ICNE 2025 bertemakan Paving the Way for a Sustainable Energy Source in ASEAN.

Ia menghimpunkan pakar dari Atom Malaysia, Pusat Tenaga ASEAN dan syarikat nuklear antarabangsa.

Mereka bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang tenaga nuklear. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

APAC Medical Cost Growth Projected to Slow to 9.7% in 2027, Aon Report

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Aon plc (NYSE: AON), a leading global professional services firm, today released its 2027 Global Medical Trend Rates Report, which projects that medical costs in Asia Pacific will increase by 9.7% in 2027, compared with 11.3% in 2026.

Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore, Cements its Position as a Luxury Accommodation...

SINGAPORE – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Frasers House, a Luxury Collection Hotel, Singapore, today highlights its elevated positioning as a refined city retreat, blending modern residential-style comfort with the architectural heritage of Bugis and Bras Basah district to meet the evolving demands of today’s discerning global travellers.

Most Viewed

spot_img