the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis nafi rusuhan di Salak Selatan tindakan robohkan tokong

KUALA LUMPUR: Polis menafikan kejadian merusuh di Salak Selatan yang tular di media sosial hari ini adalah disebabkan tindakan meroboh tokong.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar (pix) berkata insiden berlaku selepas beberapa individu bertindak menghalang kerja pembinaan pagar penghadang ‘hoarding’ oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur antara 11.45 pagi hingga 4 petang kelmarin.

Operasi PTG itu disertai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras yang hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kerja pembinaan itu.

Beliau berkata semasa operasi itu dijalankan, terdapat sekumpulan lelaki dan wanita warga tempatan membawa kayu dan besi bertindak menghalang dan memecahkan mesin jentolak selain menyerang anggota polis bertugas.

“Dalam kejadian ini, polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur 19 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mohamad Sukri Ishak di talian 013-2165881 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,“ katanya ketika dihubungi semalam.

Video berdurasi dua minit sembilan saat tular di media sosial hari ini selepas dimuat naik di laman Facebook, yang mendakwa pihak PTG bertindak hendak merobohkan sebuah tokong terletak di kawasan Salak Selatan.

-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings