the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Usah panjangkan isu nama kerajaan baharu, fokus bantu rakyat – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu berhenti memanjangkan isu nama kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. (pix)

Beliau berkata fokus kini perlu ditumpukan kepada usaha membantu rakyat dan mewujudkan kestabilan politik agar agenda kerajaan seperti Pelan Pemulihan Negara dapat diteruskan.

Katanya semua pihak perlu faham bahawa kerajaan yang terbentuk sekarang adalah berasaskan permuafakatan Ahli Parlimen yang tidak mahu melihat ketidaktentuan politik dan kerajaan yang wujud sebelum ini berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.

“Kalau kita biar negara terjebak dalam ketidaktentuan politik, politik yang berlarutan serta ketidaktentuan kerajaan, rakyat akan rugi.

“Sebab itu saya kata cara paling baik ialah tidak usah panjangkan tentang isu nama, kita tumpukan kerja kepada rakyat,” katanya ketika mengulas kenyataan beberapa pemimpin politik berbeza fahaman berkaitan nama kerajaan baharu yang terbentuk ketika ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata demikian kepada pemberita pada Malam Kasih Merdeka anjuran Rumah Prihatin@Hotel Grands Seasons sempena Hari Kebangsaan ke-64 di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings