the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba Terengganu siap siaga hadapi musim tengkari

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

JBPM Terengganu lengkapkan 71 kenderaan, 1,083 petugas dan agih bot komuniti sebagai persediaan hadapi Monsun Timur Laut.

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu telah menyelesaikan penyelenggaraan 71 kenderaan termasuk aset marin dan darat sebagai persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

Pengarah JBPM Terengganu Nor Mahathir Muhamad berkata sebanyak 1,083 petugas termasuk anggota dan pegawai juga telah disiapkan untuk tujuan pemindahan dan kerja-kerja menyelamat sekiranya banjir berlaku.

“Kami telah pastikan pelan tindakan kecemasan sama ada logistik, aset dan sumber manusia berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya,” katanya.

Beliau menambah bahawa penubuhan Pasukan Gerak Cepat telah dilaksanakan dengan melantik komander operasi di setiap daerah dalam kalangan pegawai kanan JBPM.

JBPM juga telah mengagihkan bot komuniti kepada pasukan bomba sukarela di Felda Bukit Bading, Felda Belara, Felda Neram 1 dan Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai.

Nur Mahathir berkata pihaknya turut bersedia dengan aset udara di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur untuk tujuan penyelamatan dan penghantaran bantuan.

“JBPM akan bekerjasama dengan Jabatan Geologi untuk memantau kawasan cerun yang berisiko tanah runtuh,” jelasnya.

Beliau mengingatkan orang ramai terutama di kawasan risiko banjir supaya peka dengan perkembangan cuaca dari semasa ke semasa.

“Patuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah segera sekiranya keadaan semakin teruk,” pesannya.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menjangkakan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan sepanjang Monsun Timur Laut.

Jabatan Pengairan dan Saliran turut mengeluarkan amaran fenomena air pasang dan ombak besar di beberapa stesen daerah Kemaman dan Kuala Terengganu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hainan Island Carnival Sends a Global Summer Invitation

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 16 July 2026 - As midsummer arrives in the Northern Hemisphere, Hainan, China, welcomes its annual island-wide carnival. The 2026 (27th) Hainan Island Carnival will be held from July 18 to August 18, extending a vibrant summer invitation to guests from around the world.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings