the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Portal JobsMalaysia dan MyfutureJobs bakal disatukan, mudahkan pencarian kerja

KUALA LUMPUR: Portal penjodohan pekerjaan secara dalam talian JobsMalaysia dan MyfutureJobs akan disatukan bagi memudahkan orang ramai memohon pekerjaan, menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan (pix).

Beliau berkata langkah itu adalah selari dengan pendekatan sistem ‘single-window’ bagi menghubungkan majikan dan pencari pekerjaan, serta kementerian dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Apabila (individu atau majikan) memohon dengan Perkeso atau berdaftar dengan Perkeso, contohnya Program Insentif Pengambilan Pekerja (Hiring Incentive), Program Subsidi Upah, Program Pengekalan Pekerjaan (ERP), secara automatik ia akan ‘synchronise’ (selaras) dengan MyfutureJobs.

“Maka tak perlu mohon bantuan dan pekerjaan secara berasingan… sekali gus ini membantu golongan penganggur mencari pekerjaan dengan lebih mudah,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Jendela Fikir terbitan Bernama Radio di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa individu yang masih menganggur untuk mendaftar di portal MyFutureJobs (www.myfuturejobs.gov.my), menyertai Karnival PenjanaKerjaya KSM, serta pencari kerja yang memerlukan bantuan agar hadir ke pejabat Tenaga Kerja atau Perkeso di seluruh negara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PH candidate undaunted by Machap challenge against Johor MB

Nur Hafiz Roslan, the Pakatan Harapan candidate for Machap, remains unfazed by facing Johor Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, citing political history as proof no seat is unbeatable.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings