the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC ingatkan pengguna media sosial berhemah sepanjang pilihan raya

MCMC ingatkan pengguna media sosial kekal beretika ketika pilihan raya, larang kandungan hasutan 3R dengan denda RM500,000 atau penjara.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan pengguna media sosial kekal beretika dan bertanggungjawab ketika berkongsi kandungan sepanjang musim pilihan raya.

Menurut kenyataan MCMC hari ini, perbezaan pandangan politik adalah sebahagian amalan demokrasi tetapi perlu dizahirkan secara sopan dan berhemah.

Platform digital seharusnya menjadi saluran untuk menyebar maklumat sahih dan membina, bukan menabur kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana pihak.

BACA: UMNO Sedia Saman Penyebar Fitnah, Tubuh Jabatan Baharu

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang penggunaan rangkaian untuk menyebar kandungan berunsur hasutan, penghinaan 3R, serta kandungan palsu atau mengancam.

Individu yang sabit kesalahan boleh didenda hingga RM500,000 atau dipenjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC akan mengambil tindakan tegas termasuk siasatan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Suruhanjaya itu terus bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memastikan akauntabiliti serta ketenteraman awam terpelihara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings