the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tragedi bot Rohingya perlu dilihat secara menyeluruh

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Saifuddin jelaskan faktor kem pelarian dan kawalan perairan dalam isu bot karam Rohingya

KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan tragedi bot karam membabitkan pelarian Rohingya perlu diteliti dalam konteks ekosistem menyeluruh dan bukan semata-mata isu pencerobohan sempadan.

Beliau menekankan faktor pendorong termasuk status pelarian Myanmar yang tidak diiktiraf sebagai warganegara dan ditempatkan di Cox’s Bazar, Bangladesh yang menampung hampir 1.2 juta pelarian.

“Kem pelarian sepatutnya persiapan untuk penempatan negara ketiga tetapi dengan perubahan geopolitik, Amerika Syarikat yang selama ini penerima terbesar kini tidak lagi menerima,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Saifuddin berkata faktor kem tidak kondusif dengan 36,000 kelahiran baharu dan peruntukan antarabangsa yang berkurang mendorong mereka mencari destinasi baharu.

Beliau menolak tanggapan insiden itu menunjukkan kawalan sempadan maritim Malaysia longgar dengan menegaskan operasi mencari dan menyelamat tetap dilancarkan meskipun negara tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951.

“Ini bukan isu sempadan negara semata-mata. Langkawi ialah destinasi popular untuk pelarian sejak 2010 hingga 2025 dengan 2,300 orang telah mendarat, ditahan atau meninggal dunia,” jelasnya.

Beliau menekankan kawasan perairan itu berada di bawah kawalan penuh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan sokongan Pasukan Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Mengenai Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, Saifuddin memaklumkan polis telah bersiap sedia menghadapi risiko banjir akibat peralihan Monsun Timur Laut.

“Proses penamaan calon berlangsung tanpa insiden tidak diingini memberi keyakinan bahawa pihak kami mampu menjaga keselamatan dengan baik,” katanya.

Beliau menggesa rakyat menunaikan hak mengundi tanpa bimbang tentang keselamatan dalam pesta demokrasi ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Chinese company YingShen Intelligence’s 4D World Model–Powered Embodied Robots Enter Vietnamese Factories, Pioneering a...

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - Several footwear manufacturers in Vietnam have entered into strategic partnerships with Hangzhou Yingshen Intelligent Technology Co., Ltd. (Yingshen Intelligence), a Chinese artificial intelligence company specialising in 4D world models and embodied intelligence.

Shaifubari clinches dramatic PGM Royal Pekan Closed Championship title

Veteran Shaifubari Muda capped his domestic season in style after defeating Marcus Lim in a playoff to win the PGM Royal Pekan Closed Championship at Royal Pekan Golf Club.Shaifubari carded a birdie on the 18th hole to finish at seven-under-par, taking the clubhouse lead after overnight leader Sukree bogeyed the closing hole to slip into second place.Marcus, playing alongside Sukree in the final group, birdied the last to force a playoff with Shaifubari.Returning to the 18th, both players found the fairway off the tee before Shaifubari fired his approach to within three yards of the pin. Marcus's second shot finished on the right side of the green, but his birdie putt stopped a yard short.Shaifubari calmly holed his birdie putt to seal the title and the RM31,500 winner's cheque.Ben Leong recorded the lowest round of the day with a six-under 66 to finish the tournament at five-under overall.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings