the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, February 1, 2026
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis kenal pasti individu berpotensi ganggu PRN Sabah

Polis kenal pasti individu berpotensi ganggu PRN Sabah, fokus 15 kawasan panas dengan 9,200 anggota dikerahkan bagi jamin keselamatan pilihan raya

TAWAU: Polis telah mengenal pasti beberapa individu yang berpotensi menimbulkan kekecohan atau mengganggu kelalancaran proses Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya turut memberi tumpuan kepada kira-kira 15 kawasan yang dianggap panas berdasarkan pengalaman pilihan raya lepas.

“Kita menugaskan pegawai dan anggota antaranya daripada Jabatan Siasatan Jenayah termasuk pasukan Cawangan Khas agar proses pilihan raya ini terkawal,” katanya.

Mohd Khalid berkata setakat ini proses pilihan raya yang sudah memasuki hari keempat berjalan lancar.

Beliau menyatakan pilihan raya negeri ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu rakyat Sabah.

“Setakat ini, di bahagian pantai timur Sabah, Tawau tidak ada isu-isu begitu besar yang perlu menjadi kerisauan,” katanya.

Sebanyak 9,200 anggota polis telah ditugaskan untuk memastikan keselamatan PRN Sabah.

Beliau berkata pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan dengan isu pengundi hantu.

Mohd Khalid percaya sistem yang dilaksana Suruhanjaya Pilihan Raya adalah utuh.

Beliau menasihati semua pegawai dan anggota polis yang layak mengundi agar menunaikan tanggungjawab sebaiknya.

SPR menetapkan 25 November bagi pengundian awal PRN Sabah manakala 29 November sebagai hari pengundian.

Sebanyak 1,784,843 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Penang MACC expands probe into alleged zakat land purchase

The anti-graft agency will call more individuals for questioning over claims a senior official used tithe funds for a land deal, as the state pledges non-interference.
spot_img

Popular Categories