the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 13, 2025
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia dan Ethiopia tingkat kerjasama ekonomi, Anwar janji percepat pelaburan

Perdana Menteri Malaysia berikrar percepat kerjasama ekonomi dengan Ethiopia, nilai dagangan RM625.6 juta, peluang pelaburan dalam sektor pertanian dan pembuatan

ADDIS ABABA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan berbincang dengan rakan sejawatnya Dr Abiy Ahmed Ali tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempermudah dan mempercepat kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Ethiopia.

“Para menteri, agensi pelaburan dan komuniti perniagaan peringkat tinggi masing-masing dari kedua-dua negara berada di sini.

“Kita mesti melakukan apa sahaja yang perlu. Dan saya fikir saya akan membincangkan (tentang) ini, dan saya pasti akan mengulanginya dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri Abiy,” kata beliau pada Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Ethiopia-Malaysia yang dihadiri kira-kira 200 wakil perniagaan di sini.

Sebanyak 54 syarikat dari Ethiopia menyertai forum tersebut merangkumi 22 daripada sektor perkilangan, 29 daripada sektor perkhidmatan dan tiga agensi kerajaan.

Forum itu juga disertai lebih 70 wakil perniagaan dari Malaysia. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Ethiopia Taye Atske-Selassie Amde, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pelaburan Ethiopia Zeleke Temesgen dan Menteri Perdagangan dan Integrasi Serantau Ethiopia Kassahun Gofe.

Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata proses tersebut perlu dipercepatkan bukan sahaja kerana Ethiopia memainkan peranan yang sangat penting di rantau ini, atau kerana ibu pejabat Kesatuan Afrika berada di sini, tetapi kerana negara itu menawarkan potensi dan pembaharuan yang sangat besar yang menjadikannya menarik untuk pelaburan.

Terdahulu dalam ucapannya, Taye Atske-Selassie, yang mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kejayaan kepengerusian ASEAN pada 2025, berkata kedua-dua Malaysia dan Ethiopia sedang melakar laluan baharu.

“Kita bertemu di dunia, persekitaran, geoekonomi dan geopolitik yang berbeza. Kita berada di sini untuk menilai semula dan berkolaborasi dalam hubungan ekonomi bagi realiti baharu ini yang menuntut negara-negara menjalin perkongsian yang lebih bermakna,” katanya.

Beliau berkata Ethiopia telah melakukan pembaharuan dalam program berkaitan perniagaan, perdagangan dan persekitaran pelaburannya.

“Pertamanya, kami telah memperkasakan ekosistem pelaburan kami. Kami mempunyai rangka kerja kawal selia yang progresif yang meletakkan kami di barisan hadapan dalam ketersambungan,” katanya.

Taye Atske-Selassie berkata negara itu juga sedang membuka sektor strategiknya, terutamanya dalam sektor pertanian dengan usaha sedang dijalankan untuk memastikan keterjaminan makanan.

Menurutnya, ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara itu yang memihak kepada Malaysia bukanlah satu masalah, sebaliknya menyediakan peluang yang besar.

“Kami tidak melihat ketidakseimbangan ini sebagai satu masalah. Kami melihatnya sebagai peluang yang besar. Kami menjemput anda untuk melabur, membuat pengeluaran dan menjadi makmur di sini,” katanya.

Ethiopia, negara dilingkungi daratan yang paling ramai penduduknya di dunia, disenaraikan sebagai rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2024.

Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia berjumlah RM625.6 juta, dengan eksport dari Malaysia bernilai RM579.9 juta, meningkat 50 peratus daripada tahun sebelumnya.

Eksport Malaysia ke Ethiopia terutamanya terdiri daripada produk elektrik dan elektronik, minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit, kimia dan produk kimia serta tekstil, pakaian dan kasut manakala import dari Ethiopia termasuk produk pertanian, peralatan pengangkutan dan bijih logam serta skrap logam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Ganesh Bangah, 7-Eleven’s Xamble integrates with Lazada to scale regional creator commerce

Xamble Group has integrated its Creator App with Lazada, enabling creators in Malaysia to generate affiliate links, promote products and track commissions within its platform. The move strengthens Xamble’s creator commerce engine, expands earning opportunities for creators and supports the group’s regional social commerce growth strategy across Southeast Asia.

Oasis Harvest to acquire 80% stake in Contagious for RM900,000

Oasis Harvest Corporation Bhd has entered into a conditional agreement to acquire an 80% equity interest in Contagious (Malaysia) Sdn Bhd for RM900,000, strengthening its consumer engagement capabilities. The acquisition, backed by a one-year profit guarantee, supports Oasis Harvest’s strategy to build a broader food and lifestyle ecosystem while enhancing brand experience and marketing execution across its growing F&B portfolio.

Farm’s Best expands national cancer support at iFood Expo

Farm’s Best Food Industries Sdn Bhd has concluded its participation at the iFood Expo Cultural & Food Festival 2025 and is now extending its Omega 3 Chicken CSR Campaign nationwide to support cancer patients and their families. Running until May 2026, the initiative donates RM1 for every RM25 spent on Omega 3 Chicken products, with a fundraising target of RM50,000 to fund patient care, essential needs, early detection, and cancer awareness programmes through its partner cancer society.

Leading institutional investors establish strategic stakes in Orkim following IPO

Orkim Berhad’s listing on the Main Market of Bursa Malaysia marks a significant milestone, reinforcing the coordinated roles of Ekuinas and Permodalan Nasional Berhad in nurturing and stewarding Bumiputera enterprises. Entering the public market with a valuation of RM920 million, the listing was met with strong investor demand and positions Orkim for its next phase of growth.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories