the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia perkukuh peranan bentuk hala tuju telekomunikasi global di WTDC-25

Malaysia tonjolkan kejayaan 5G dan dasar telekomunikasi di WTDC-25, rangkai kerjasama baharu dan pertahan kerusi ITU bagi 2027-2030

BAKU: Malaysia menggunakan Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) sebagai platform mengukuhkan peranan negara dalam menentukan hala tuju sektor telekomunikasi global.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Malaysia akan berkongsi pengalaman sebagai ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan pelaksanaan projek keterhubungan termasuk rangkaian 5G.

Beliau percaya ini peluang keemasan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa keterhubungan bermakna bermula dengan dasar jelas dan pelaksanaan rapi.

Fahmi mengetuai delegasi Malaysia ke WTDC-25 yang berlangsung dari 17 hingga 28 November di Baku, Azerbaijan.

Beliau yakin pasukan negara akan terus menyumbang dalam perbincangan hala tuju sektor telekomunikasi global sehingga persidangan tamat.

Sepanjang berada di Baku, Fahmi mengadakan 10 mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari Iran, Algeria, Azerbaijan, Uganda dan Pakistan.

Perbincangan banyak tertumpu kepada potensi kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Ramai yang nak cuba tiru, cuba memahami strategi dan langkah-langkah yang telah Malaysia ambil,” katanya.

Beliau melihat banyak peluang untuk memperluas jaringan terutama di Caribbean, Amerika Selatan dan Benua Afrika.

Fahmi berpuas hati dengan penyertaan di WTDC-25 yang membuka laluan kepada beberapa memorandum persefahaman dengan negara lain.

Beliau menegaskan bahawa agensi antarabangsa memandang tinggi MCMC dan Kerajaan Malaysia.

“Kita perlu terjemahkan untuk melihat bagaimana mungkin kita boleh eksport idea-idea ini ke negara-negara lain,” ujarnya.

Dalam Kenyataan Negara pada Segmen Peringkat Tinggi, Fahmi menyatakan komitmen Malaysia memajukan mandat global ITU.

Penyertaannya sebahagian daripada usaha Malaysia mempertahankan kerusi ahli Majlis ITU bagi penggal 2027-2030.

Malaysia kini merupakan ahli Majlis ITU bagi penggal 2023-2026, membolehkan negara menyumbang kepada pembentukan dasar strategik ITU.

WTDC-25 mengangkat tema “Universal, Meaningful, and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future”. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings