the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ETS3 Johor Bahru -KL Sentral dijangka mula operais Dis 12 – Loke

ETS3 KTMB bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru dijangka beroperasi 12 Dis, menawarkan lebih kekerapan perjalanan dan perkhidmatan lebih efisien

KLUANG: Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan KL Sentral-Johor Bahru dijangka mula beroperasi pada 12 Dis ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata majlis perasmian perkhidmatan itu dijadualkan berlangsung pada 11 Dis ini dan pihaknya telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk berangkat merasmikan perkhidmatan baharu berkenaan di Johor Bahru. 

Loke berkata fokus awal operasi ETS3 itu adalah laluan Johor Bahru–Kuala Lumpur bagi memastikan kekerapan tinggi berbanding laluan lebih panjang.

“Kalau jarak itu terlalu panjang dan perkhidmatan terlalu panjang (sehingga ke utara), satu hari kami hanya boleh buat dua trip, satu naik dan satu turun.

“Jadi, kalau perjalanan lebih pendek seperti Johor Bahru ke Kuala Lumpur, akan ada banyak kekerapan (tren),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Rel Kluang 2025 di Laman Rel Mahkota di sini hari ini.

Laluan ETS3 dari Kuala Lumpur ke Kluang telah dilancarkan pada Ogos lepas. 

Semasa pelancaran itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk memandu sendiri tren ETS3 yang berkeupayaan mencecah kelajuan operasi hingga 140 km/j itu dari KL Sentral menuju ke Stesen Kluang. 

Loke ketika ditanya mengenai status Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) berkata pembangunan sistem itu masih berjalan dan tidak pernah ditangguhkan.

Beliau berkata projek itu kini berada di peringkat penilaian permohonan cadangan (RFP) dan sedang diperhalusi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) selepas beberapa syor yang diterima belum memenuhi keperluan.

“Sudah tentu pihak kementerian akan berbincang dengan pihak UKAS untuk mempercepatkan proses penganugerahan kepada projek itu dalam masa terdekat,” katanya.

Pada Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh memohon pertimbangan kerajaan Persekutuan supaya menyegerakan pelaksanaan ART selewat-lewatnya awal tahun depan.

Beliau berkata projek itu harus dilaksanakan untuk menyokong sistem pengangkutan awam, sekali gus menyurai aliran trafik sebelum Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura beroperasi sepenuhnya pada 2027. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings